Ahad, 28 Mac 2010

PAS Terengganu Tunggu ‘Lampu Hijau’ Pusat

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu Parti Keadilan Rakyat dalam menghadapi piliharaya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan. Timbalan Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, beliau sedang menunggu arahan dari PAS Pusat bagi menggerakkan jentera tersebut.

“Kita (PAS Terengganu) sedang menunggu apa yang diputus oleh (PAS) Pusat dan sudah tentu (PAS Pusat) memutuskan dasarnya (berkaitan pilihanraya) sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kedudukan kerusi (Parlimen Hulu Selangor), daripada itu kita akan mengambil tindakan,”katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimana pun, katanya, bagi ahli-ahli PAS, pilihanraya sudah menjadi ‘core business’ (kerja utama), dimana mereka akan bersegera dalam kerja-kerja berdasarkan semangat Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan karenah yang banyak dalam parti-parti komponen Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah memenangi kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.