Rabu, 3 Mac 2010

Ahli Parlimen PAS Teruskan Komitmen dan Istiqamah



Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

(Gambar Album MPPAS sewaktu mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertua Dewan)

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.


Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Ulasan Bloger - Rakyat Sedang Melihat Kekuatan Kamu
Ahli Jamaah Parti Islam dan Istiqamah kamu dalam perjuangan.
Teruskan Lagi Perjuangan dan Semarakkan Kemenangan..
PAS Wajar Mendapat Semua Kerusi Melayu dan Kawasan yang
Lebih untuk ditandingi. ALLAH Telah menunjukkan bagaimana
pengkhianat rakyat dan PR keluar dari perjuangan dan memburu
kepentingan peribadi.