Isnin, 6 Julai 2009

HARI PENAMAAN CALON

Pekan Kecil Manek Urai yang dahulunya sunyi sepi kini riuh rendah dengan penyokong PAS dan UMNO, lebih 10,000 penyokong kedua-dua parti memenuhi pekan kecil tersebut.

7.00 pagi - Sementara kira-kira 2,000 penyokong PAS pula mula berhimpun di persimpangan Jalan Kuala Krai .

7.30 pagi - Dan ketika parti itu mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar, jumlah penyokong PAS sudah bertambah kepada hampir 10,000 orang.

8.05 pagi - Dengan diketuai oleh Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka mula berarak mengiringi calon PAS - Mohd Fauzi Abdullah, 50 - ke pusat penamaan di SMK Sultan Yahya Petra terletak sejauh kira-kira 1.4 km.

9.00 pagi - Penamaan calon bermula.

9.04 pagi - Calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat telah tiba dan disusuli 4 minit kemudian dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah. Penyokong UMNO dianggarkan sekitar 2,000 orang sahaja.

9.45 pagi - Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi - Hanya calon PAS dan UMNO sahaja yang menyerahkan borang pencalonan setakat ini.

10.10 pagi - Proses bantahan sedang berlangsung dan dijangkakan berakhir 11 pagi dan pemgumuman status calon pada 11.30 pagi.