Isnin, 6 Julai 2009

Saingan 'satu lawan satu', antara PAS dan BN

Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Status kedua-dua calon itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Seawal jam 8.30 pagi tadi, calon PAS, Fauzi diiringi kira-kira 10 ribu penyolong PAS dan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS ke tempat penamaan calon.
Perarakan sejauh 1.5 kilometer itu dimulakan dari Masjid Al-Jauhar Ghucil, Kuala Krai selepas menunaikan solat hajat beramai-ramai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.
Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai ini merupakan pilihan raya kecil kali yang
ketujuh dan kemenangan kelima Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.