Sabtu, 25 September 2010

RUMAH TERBUKA DUN BUKIT PAYUNG, BATU BURUK DAN HARI KELUARGA DUN SURA

ADUN Batu Buruk dan PAS DUN Sura turut adakan rumah terbuka pada Sabtu 25 September, Semua di jemput hadir
Bukit Payung, MARANG - PAS Kawasan Marang akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada 25 September ini, di tapak Madrasah Darul Iman di Kampung Titian Baru, Bukit Payong.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang, Sidik Abu Bakar berkata, majlis akan bermula dari jam 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1 te-ngah hari.

Menurutnya, apa yang menarik adalah program kali ini melibatkan keseluruhan sayap parti itu dan setiap: Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan setiap individu menyumbang pada majlis itu.

“Bagi DUN Alor Limbat misalnya, mereka akan menyediakan lemang, rendang ayam dan daging serta laksa manakala DUN Pengkalan Berangan akan menyediakan makanan tradisi Terengganu, iaitu nasi dagang.

“Bagi DUN Rhu Rendang pula, mereka akan menyediakan sate dan nasi himpit manakala DUN Bukit Payong menyediakan nasi minyak berlaukkan ayam dan daging. Pemuda akan menyediakan ayam panggang manakala Muslimat akan menyediakan tapai istimewa serta ketupat selain Ulama menyediakan aneka jenis minuman,” katanya dipetik Sinar harian

Katanya, majlis akan diserikan dengan persembahan pertandingan nasyid dan azan oleh kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Menurutnya, sehari sebelumnya, iaitu pada 24 September pula akan diadakan ceramah perdana sempena program itu di lokasi yang sama, bermula jam 9.30 malam.

“Antara penceramah utama ialah Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution dan Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali.

“Serentak dengan itu, kita akan menyempurnakan: gimik pelancaran pembangunan fasa kedua Madrasah Darul Iman. Kita harap orang ramai bersama menjayakan majlis ini,” katanya di petik Sinar Harian.

Selain itu ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi turut menjemput warga Batu Burok dan Kuala Terengganu ke majlis rumah terbukanya pada 25 Sept Sabtu dari jam 12.00 tengahri - 2.00 petang, di kediamannya Lot 1772 Kuala Ibai,berhadapan dengan Mydin Kuala Ibai.

Dalam pada itu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, ADUN Sura mempersilakan seluruh warga Sura dan Dungun ke sambutan HARI KELUARGA DUN SURA pada 25 Sept SABTU jam 8.00 pg - 4.00 ptg di Perkarangan Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin