Khamis, 13 Ogos 2009

BERDOALAH DAN BERMUNAJATLAH

Saya merayu dan memohon Semua Pihak dapat bersama-sama
bersatu hati dan bersama masyarakat berdoa dan bermunajatlah
pada ilahi semoga Wabak H1N1 yang sedang melanda negara ini
dapat dikawal dari terus menular. Wabak dan bala ini tidak mengenal
sesiapa sahaja dan akan terus merebak tidak mengenal warna hijau
atau warna biru. Semua terdedah untuk dijangkiti dan menjadi
pembawa virus ini.

Marilah kita bersama-sama menganjurkan program bermanfaat
seperti Solat Hajat dan lebih kedepan dalam menangani
permasaalahahan wabak yang sedang mengancam dunia ketika ini.
Tunjukkan keprihatinan kita disetiap sudut ruang yang ada.

Semua aktivis dan pendokong gerakan islam mesti mengambil
peluang ini bersama-sama masyarakat untuk menghindarkan
wabak ini dan juga mengajak masyarakat kembali pada ALLAH.
Jangan hanya menambah lagi kebosanan masyarakat dengan sikap
menunding jari dan mempersalahkan pihak lain. Zaman sudah
berubah, manusia hanya tahu bercakap tapi tidak berbuat apa-apa
malah jauh langsung tiada sumbangan tak akan diminati oleh
masyarakat.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukakan seperti menganjurkan
solat hajat, kuliah kesihatan, mengedarkan Topeng H1N1,
mengedarkan risalah bahaya H1N1 dan mengunjungi keluarga
pesakit H1N1 serta banyak lagi aktiviti yang boleh kita gerakkan
apatah lagi di kala Ramadhan bakal menjelang ini.

Marilah kita bersama-sama masyarakat dikala susah dan senang
mereka. Biar masyarakat dan orang ramai tahu betapa prihatinnya
pendokong gerakan islam. Satukan hati rakyat dengan gerakan
islam ini dan Biarkanlah UMNO terus pupus dengan wang dan
projeknya. Biarkan UMNO terus pupus dengan labu-labunya .