Khamis, 13 Ogos 2009

Undian KDN ??? Melonjak saat-saat akhir?

Dalam 2 hari berubah sakan? Pengundi Misteri tetap diperlukan untuk
meyokong kezaliman mereka? Majlis fatwa diminta bersidang keluar
FATWA tentang undang I.S.A? Sumber ayat dan hadis mana yang
digunakan untuk menghalalkan undang-undang ini.

Tiada agama, bangsa dan manusia yang berfikiran waras akan
bersetuju dengan undang-undang yang mempunyai kuasa menahan
manusia tanpa bicara dan mengurung manusia seperti haiwan tanpa
membuktikan kesalahan mereka. Cukuplah kisah ngeri tahanan yang
mati dalam tahanan pihak polis dan SPRM.
Cukuplah!! Hapuskan AKTA Zalim ini.

Bebaskan negeri ini dari undang-undang tidak bertamadun dan
pemimpin yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk
mempertahankan kerusi politik mereka.