PERMATANG PAUH – Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera
Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar menyanggah
penafian Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi
Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkaitan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam
pilihanraya terbabit.
Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera
berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’
dan bukan bertujuan politik .Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa
di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?
Menurut Mahfudz kor perubatan tentera tersebut di letakkan
dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.
”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid
Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan
apa?,”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti
‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’,
khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz
Katanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati
amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati
oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.
Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan
PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.
Menurutnya, beliau dimakluman, Yusri sudah mula berkempen
untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh
UMNO/BN ke atas dirinya.”Fitnah tersebut menjejaskan
maruah keluarganya. Malam ini (20 Ogos), saya mendapat
makluman, Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya
di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz
href="http://www.buletinonline.net/">http://www.buletinonline.net/