KUALA LUMPUR, 14 Ogos : Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Suhakam hari ini diberitahu, bahawa seorang peguam yang cuba mewakili saksi telah ditahan dan ditangkap oleh pihak polis Brickfields pada 7 Mei lalu.
Demikian dijelaskan saksi pertama inkuiri awam, Ginie Lim berhubung penahaman lima peguam daripada Biro Bantuan Guaman Kuala Lumpur di luar balai polis tersebut pada tarikh itu.
Ginie Lim, aktivis PKR, yang bertugas sebagai ketua pegawai perhubungan awam kerajaan Selangor memberi keterangan pagi tadi di hadapan tiga anggota pesuruhjaya, yang dipengerusikan oleh Dato' Muhammad Shafee Abdullah, beserta Dato' Dr Michael Yeoh dan Dato' Dr Denison Jayasooria.
Ginie Lim, aktivis PKR, yang bertugas sebagai ketua pegawai perhubungan awam kerajaan Selangor memberi keterangan pagi tadi di hadapan tiga anggota pesuruhjaya, yang dipengerusikan oleh Dato' Muhammad Shafee Abdullah, beserta Dato' Dr Michael Yeoh dan Dato' Dr Denison Jayasooria.
Siasatan awam ini dibuat ekoran tindakan polis menangkap tujuh peguam yang cuba memberikan khidmat guaman mereka kepada 12 yang ditahan kerana didakwa berhimpn secara haram bagi membantah rampasan kuasa di Perak. Para peguam ini ditahan ketika cuba menghubungi anak guam mereka di Balai Polis Brickfield.
Ginie menjelaskan pada malam kejadian, dia dan beberapa rakan berada di luar balai polis untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepada rakan mereka Wong Chin Huat yang ditahan termasuk membantah tindakan Barisan Nasional 'merampas' Perak daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kami sudah nak bersurai, tetapi tiba-tiba ditangkap dan dibawa masuk ke balai. Saya menghubungi peguam Lateefa Koya untuk membantu mewakilinya, namun mencadang dua peguam yang lain.
"Bila saya menjelaskan pada pihak polis dua peguam telah datang untuk mewakili saya, mereka kata tak perlu sebab peguam terbabit telah ditangkap polis," kata Ginie (gambar).
Beliau juga turut menyatakan terdapat seorang pegawai polis telah mengeluarkan kenyataan perkauman terhadapnya.
Inkuiri Awam ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pagi tadi dan akan meyaksikan sejumlah 19 orang dipanggil sebagi saksi yang terdiri daripada 5 peguam, 11 saksi, dua pegawai polis dan seorang wartawan.
Inkuiri yang sepatutnya bermula 9.00 pagi telah lewat satu jam setengah berikutan kelewatan beberapa orang saksi dan perara ini telah mendapat teguran daripada Shafee dan tidak mahu perkara itu berulang lagi.
Sejumlah lebih 70 orang hadir menyaksikan perjalanan siasatan tersebut sehinggakan ada antaranya terpaksa berdiri manakala suasana menjadi sedikit 'gelisah' disebabkan pengahawa dingin tidak berfungsi dan hanya menggunakan beberapa buah kipas bagi mengatasi masalah tersebut.
Turut menarik perhatian, seoarang pegawai Suhakam dan peguam yang dikenali sebagai Syahira terpaksa menarik diri daripada menyoal Ginie kerana mempunyai 'hubungan rapat dan baik' dengan beliau.
Inkuiri, bersambung semula selepas solat Jumaat dan dijangka berakhir pada 5.00 petang