. LIDAH
Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya.
Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya.
2. HATI
Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda: "Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu."
. MATA
Menghindari diri dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan yang
bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
Tidak memandang dunia dengan keinginan, sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya.
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan yang haram, Allah akan memenuhi
matanya pada hari Qiamat dengan api neraka."
4. PERUT
Tidak makan makanan yang haram atau syubhat.
Sabda Rasulullah saw: "Ketika sesuap makanan yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam, semua malaikat
di langit dan bumi melaknatinya selama makanan
itu berada di dalam perutnya. Kalau ia mati dalam keadaan tersebut, tempatnya adalah neraka."
5. TANGAN
Tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak.
Ka'bil Ahbar berkata: "Sesungguhnya Allah taala menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya
terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus untuk seorang lelaki yang
meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana takut kepada Allah swt."
6. KAKI
Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah, tempat
ibadah dan sebagainya.
7. KETAATAN
Selalu mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak
(menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.
Sumber:musleemunited9