Apabila membaca ulasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berhubung notis arahan pengosongan bangunan di Jalan Bandar dan Jalan Banggol ternyata bahawa beliau tidak berapa faham dengan isu yang laporkan oleh pelbagai akhbar.
Terdapat banyak perkara dari jawapan dan komen yang dibuat oleh MB tidak berdasarkan kepada fakta dan tersasar dari isu sebenar.Mungkin juga beliau tidak diberimaklum sebelum ini dengan sebaiknya. Atau para pegawainya yang seharusnya memberi maklumat kepadanya gagal berbuat demikian dengan baik.
Di sini Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol merasakan perlu untuk jawab dan menjelas apa yang sebenarnya kami para peniaga memohon. Kami merujuk kepada petikan akhbar Utusan Malaysia (10 Ogos 2009) dan Berita Harian (12 Ogos 2009)
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata semua peniaga berkenaan sudah dibayar pampasan sejak 1990-an (Berita Harian). Inilah jelas sangat bahawa MB tidak tahu isu sebenar. Para peniaga di sini tidak pernah mendapat pampasan mereka.
Mereka adalah penyewa dengan pemilik premis Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Apa yang dimaksudkan oleh MB ialah pampasan yang dibayar kepada pemilik asal premis tersebut dalam proses “land acquisition” yang dilakukan pada pertengahan 1990an.
Pampasan tidak diberikan kepada para peniaga kerana mereka mula menyewa hanya selepas LTAWNT mengambilalih pemilikan premis setelah membayar pampasan yang MB sebut itu kepada pemilik asal.
Sumber http://www.buletinonline.net