KUALA TERENGGANU - AMK Negeri Terengganu Timbalan menasihatkan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat supaya berfikiran matang dan bersikap profesional dalam menghadapi isu rasuah yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kemasik, Rosli Othman.
Ketuanya Fariz Musa menolak kenyataan Rozi yang berkata, PAS tidak perlu campur urusan UMNO kerana menurut Rozi penahanan Adun terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah proses biasa.
"Ia adalah merupakan isu rakyat Terengganu kerana melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi,"kata Fariz dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.
Menurutnya, samada PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dalam isu berkenaan kerana isu rasuah ADUN Terengganu bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja
"Sikap Rozi Mamat seolah-olah mempertahankan perasuah, sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau (Adun Kemasik) wang sejumlah RM5000,"tegasnya.
Katanya, sekiranya Rozi mempunyai integriti dan bermaruah, sudah pasti Rozi akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat. .
Katanya, UMNO Terengganu juga seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung itu.
Fariz turut menggesa SPRM mendakwa segera dakwaan rasuah yang melibatkan dua orang bekas pimpinan UMNO Terengganu dalam kes pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Katanya penglibatan ramai pemimpin UMNO dengan rasuah adalah memalukan rakyat Terengganu. "Amat memalukan, semua rakyat Terengganu malu apabila pemimpin UMNO Terengganu terpalit dengan isu rasuah,"ujarnya . .
Beliau dan AMK Negeri Terengganu turut bersetuju dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiuasaha PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat, bahawa ADUN tersebut wajar meletakkan jawatan dengan segera!
"Maruah rakyat Terengganu telah cukup tercalar dan dimalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan isu-isu yang tidak berintegriti dan bermaruah,"katanya
Sumber http://www.buletinonline.net