Rabu, 26 Ogos 2009

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.

”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)

Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.

”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.

Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.

Lihat Ucapan Lain Dato' Ustaz Harun Taib di Buletinonline Channel: