Khamis, 31 Disember 2009

1430H dan 2009M Berlalu Pergi

Kuala Terengganu - 1430 Hijrah sudah berlalu pergi dan kini
2009 masihi juga akan berlalu pergi meninggalkan kita. Saat
yang berlalu ini tak akan mampu kita kembalikan lagi. Semoga
Tahun baru yng mendatang ini membawakan sinar dan cahaya yang
terang bagi kita pendukung kebenaran di Negeri ini Terengganu
amnya dan Malaysia khususnya.

Pilihanraya ke 13 makin dekat dan masa semakin suntuk untuk
kita. Cabaran untuk mengembalikan negeri ini ke Tangan PAS.
Adalah cabaran dan satu amanat yang mesti diperjuangkan oleh
semua penyokong dan pendukung gerakan islam di negeri ini.

Melihat kepada teruknya perpecahan sesama sendiri UMNO
dinegeri ini sememangnya amat parah. Memang semua orang tahu
UMNO amat lemah dan bercakaran sesama sendiri dinegeri ini.
Mereka semakin hari semakin lemah namun sayangnya PAS juga
tak mampu untuk bina kekuatan dan bertahta dihati masyarakat.
PAS perlukan reformasi baru dinegeri ini dalam membina pengaruh
dan bertahta dihati masyarakat.

Entah mengapa masih ramai pendukung gerakan islam dinegeri ini
yang patut ditarbiah dan di "brainwash"kan semula otak dan
pemikiran mereka. Kata=kata lama "Sona", "Biru Ketuu" patut
dibuang jauh-jauh oleh semua pendukung PAS. PAS adalah pendukung
gerakan islam bukan pendukung Parti politik sahaja. PAS juga
bukan Parti menghukum orang lain. Pemikiran lama ini lah yang
menjauhkan masyarakat kepada perjuangan PAS. Masih ada kuliah
berapi-api yang menjauhkan manusia dari rumah ALLAH dari
mengajak manusia menjadi hamba ALLAH.

Zaman sudah jauh berubah kini, kita patut bersama masyarakat
bukan terus memusuhi mereka dan menyebabkan mereka terus
bergantung nasib pada UMNO. Masih ramai kerana sikap
dan perangai pendukung PAS sendiri menyebabkan orang ramai
semakin jauh dari PAS itu sendiri. Betullah kata-kata
Tuk Guru Hj Hadi " PAS Mempunyai Produk yang sangat baik,
Namun Kita yang gagal dan terus-terusan mengagalkan produk
ini dari dikasihi dan bertahta di hati orang ramai"

Marilah kita menjadi sebuah gerakan dakwah dan gerakan islam
yang sayang kepada masyarakat dan dekat dengan mereka. Apakah
kita tidak dapat belajar dari dakwah Rasululullah S.A.W yang
maha hebat dan lembut pendekatan dakwahnya. Ataupun kita
mengambil pendekatan Hassan Al Banna dalam misi dakwahnya.
Namun kita masih sukar memecahkan kepompong lama kita hanya
duduk dikalangan kita dan suka menghukum dan mengata orang lain.
Marilah bersama membina imej yang lebih jitu dikalangan
masyarakat agar impian Kembalikan Terengganu ke tangan PAS
menjadi kenyataan dan bukan hanya satu angan-angan.