Sabtu, 18 Jun 2011

PAS Terengganu bentuk pasukan baru

KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu.

Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.

Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.

Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.

Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.

PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.

Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.

Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh.dan

Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.