Jumaat, 25 September 2009

RAYA MERIAH DALAM JEM JALANRAYA

Alhamdulillah. Penulis dapat berhari raya di dua negeri Terengganu
dan Kelantan. Memang meriah raya di dua negeri ini dengan budaya
kunjung mengunjungnya, budaya kanak-kanak beraya tak nak minum
tapi tunggu duit raya nya dan juga pelbagai budaya kekeluargaan
yang masih erat dan penuh muhibbah namun ianya semakin terbantut
dengan budaya jalan jem yang memotong terus keasyikan dan
budaya berkunjung.

Di Kota Bharu sememangnya amat terasa jalan yang amat sesak
dengan pulangnya anak-anak di rantauan. begitu juga di negeri
Terengganu. Namun kadang-kala menyakitkan hati melihat Traffic
Light yang semakin banyak tumbuh dinegeri Terengganu ini terutama
di Bandaraya Kuala Terengganu. Sehingga jalan kampung pun sudah
ada Traffic Light kini. Kadangkala Lampu Traffic ini langsung
tidak diperlukan namun ianya menambahkan lagi rasa sakit hati
untuk memandu dan kena berhenti tak pasal-pasal kepada jalan
yang tiada penghuninya yang lalu.

Masaalah sejagat Mat rempit juga amat terasa di dua negeri ini.
Entah apa jembalang, mambang dan hantu yang telah merasuk anak-
anak muda di Malaysia ini yang semakin hari semakin ramai menjadi
Mat Rempit atau pun juga dipanggil Samseng Jalanan ini. Budaya
kurang ajar dan tak reti menghormati orang lain amat patut
di basmi. Rasa-rasanya PR juga patut berfikir secara serius untuk
menyelamatkan anak muda ini kerana sememangnya jangan
diharapkan UMNO dan BN yang telah lama rosak akhlaknya dan
merosakkan lagi akhlak rakyat dan jauh sekali untuk memulihkannya.

Marilah sama-sama kita berfikir dan mengajak golongan muda ini
supaya menjadi tunjang untuk negara, bukannya menjahanamkan
lagi negara ini. Mereka ini patut di bantu dan marilah kita
bersama-sama mendekati mereka kerana meraka adalah saudara-
saudara dan adik-adik kita yang perlukan perhatian dan belaian
dan bukannya cacian dan hinaan.

Salam Syawal 1 Bulan untuk Semua.
Semarakkan perjuangan , selamat berjihad di Negeri 9.