Rabu, 9 Februari 2011

HENTIKAN PENIPUAN

Oleh Mohamad Sabu

Setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yg berlaku di malaysia, rakyathanya ingin mengetahui siapa yg menang siapa yg kalah. parti-parti politik yg bertanding menunggu dgn penuh debaran akan keputusan pilihan raya yg dibuat oleh rakyat dlm pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Rakyat dan parti-parti politik jarang memerhatikan perjalanan pilihanraya, sama ada ia berjalan dgn adil dan saksama.

Sejauh mana pihak pemerintah menggunakan media dan pengawalan berita semasa pilihanraya kurang diperhatikan oleh rakyat. sebelum berkempen sehingga hari pilihanraya, parti pemerintah BN menyalahgunakan media sepenuhnya seperti RTM,TV3, dan akhbar2 utama seperti Utusan,Berita Harian dan STAR, parti pembangkang tidak berpeluang menjawab atau memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan yang dilemparkan oleh media yg disalahgunakan oleh BN

Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, keadilan, terutama dlm pilihanraya amat perlu dititikberatkan oleh rakyat dan parti-parti politik. rakyat yg berfikiran waras akan menerima keputusan pilihanraya jika ianya dikendalikan secara adil, bukan keputusan pilihanraya yg menentukan keadilan, sebaliknya perjalanan pilihanraya menentukan keadilan.

Undi pos masih dipertikai oleh parti-parti politik dan NGO di Malaysia. lebih 80% undi pos selalunye memihak kepada pemerintah BN. kita amat ragu dengan keputusan undi pos keran ia tidak selaras dgn perkembangan corak pengundian rakyat malaysia. Sebab itulah himpunan rakyat BERSIH memintak supaya undi pos dihapuskan, diganti dgn cara yg lain.

Polis menjadi jentera barisan Nasional untuk menghalang ceramah-ceramah parti0parti pembangkang terutama di Johor, khasnya di kawasan FELDA. Polis sewajibnya bertugas menjaga keselamatan rakyat sudah bertukar untuk menjaga 'keselamatan' BN.

Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah, peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya kecil yg ada pertandingan menjadi lumrah bagi pemerintah BN. menteri-menteri bergilir ganti dtg ke kawasan pilihanraya untuk memberi habuan kpd rakyat dan bukan lagi menceritakan dasar kerajaan BN.

Dengan undi pos,rasuah,pemberian habuan segera dari kerajaan BN, sekatan polis untuk parti-pari yg tidak memerintah untuk memberi penerangan, media yg dikongkong oleh kerajaan BN, apakah yg diharapkan tentang perjalanan demokrasi yg bersih di Malaysia?

kira-kira 2 bulan yg lau, parti pemerintah Mesir pimpinan Hosni Mubarak menANG LEBIH 97% kerusi parlimen. apakah kemenangan yg diukur atau perjalanan pilihanraya? sekarang jutaan rakyat Mesir ke;uar ke jalan raya dan memberitahu dunia bahawa pilihan raya di Mesir penuh dgn penipuan kerajaan Mesir penuh dgn amalan rasuah,nepotisme,zalim dan diktator. mereka tidak percaya lagi dgn sistem pilihanraya yg tidak adil.

Apakah perkara yg berlaku di Tunisia dan Mesir satu hari nanti akan berlaku di Malaysia? keadaan ini dapat di elakkan sekiranya kerajaan BN sedia membuat perubahan sebelum rakyat meruap dan meluat. keadilan dan demokrasi mesti ditegakkan demi untuk keamanan.