Sabtu, 22 Mei 2010

MAKAN MALAM MENGUTIP DANA JABATAN AMAL

Marang - Satu Makan Malam untuk mengumpul Dana Kebajikan
Jabatan Amal Malaysia telah di adakan di sebuah restoren
terkemuka di Rusila pada malam ini. Kutipan tersebut
bertujuan untuk menjana kewangan bagi memesatkan program
kebajikan dan kemasyarakatan Jabatan Amal yang dahulunya
dikenali sebagai Unit Amal dinegeri ini.

Program yang julung kali di adakan ini di serikan dengan
kehadiran Tuan Guru Presiden PAS dan juga Dato Pesuruhjaya
PAS Negeri Terengganu.

Tuan Guru dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya
Jabatan Amal diperkasakan dan memainkan peranan yang
aktif di kalangan masyarakat negeri ini dalam keadaan
masyarakat melayu islam pada hari ini yang dilanda pelbagai
permasaalahan sosial dan apa yang menyedihkan orang melayu
juga sebagai tidak meminati majlis ilmu dan mencari maklumat
yang tepat.

Tuan Guru juga menyatakan kebimbangannya dengan tahap
kesedaran orang melayu yang semakin tertinggal jauh dari
bangsa lain dan ini amat menggusarkan beliau terhadap kuasa
politik di negara ini umumnya. Justeru beliau mengharapkan
keseluruhan pendokong gerakan islam menguatkan kerja untuk
menyedarkan umat melayu agar sama-sama mengikut arus
perubahan ini dan sekaligus menyelamatkan kuasa politik
dan juga menaikkan semula imej umat islam melayu di negara ini.