Jumaat, 12 Jun 2009

Dato' Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Dato' Harun Taib sekali lagi telah diberi mandat untuk menerajui Badan Perhubungan Pas Terengganu untuk sessi 2009-2011. Sebelum ini beliau pernah diamanahkan jawatan tersebut selama hampir satu dekad bermula tahun 1989 sehingga tahun 1997.

Anak sulung dalam keluarga enam adik beradik, Dato' Harun dilahirkan di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu pada tahun 1943.Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Belara dan di sekolah Umum Serada, Kuala Terengganu.Kemudian menyambung pula pelajarannya di sekolah Menengah Agama Pondok Tok Jiring.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya dibidang agama di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Buruk, Kuala Terengganu. Selepas itu beliau berangkat ke Arab Saudi untuk memasukki Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin .Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut.Dalam kesibukan tugasan dakwah dan politik sehingga kini tesis kedoktoran di Bidang Politik Antarabangsa masih belum mampu diselesaikan.
Mendaftar sebagai ahli PAS yang sah seawal tahun 1966, sekembalinya dari Mesir, melalui cawangan Pas Kampung Pujuk dengan nombor keahliannya 65152.

Mula menyertai pilihanraya pada tahun 1978(tewas),1982(menang),1986(kalah),1989(Menang Pilihanraya kecil Teluk Pasu),1990(menang),1995(menang),1999(menang),2004(menang) dan 2008(menang).Pada tahun ini juga beliau sekali lagi diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, selepas beliau melepaskan jawatan tersebut pada sessi 2007-2009.

Semoga dengan perlantikkan ini diharapkan agar beliau dapat memimpin dan membimbing PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya umum ke-13 nanti.Juga diharapkan dengan ini PAS Kawasan Hulu Terengganu disemarakkan lagi untuk memastikan dapat menawan sekurang -kurang 3 Dun dan Parlimen Hulu Terengganu itu sendiri. Kepada YB Dato' Harun Laksanakan lah Amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Selamat Berjuang.
sumber http://penawarrinduku.blogspot.com/