Khamis, 11 Jun 2009

AWAS SERANGAN SAIKOLOGI MEDIA

Assalamualaikum

Sila rujuk banyak link yang mengulas tentang perlantikan Dato Mustaffa Ali sebagai SETIAUSAHA AGONG Baru PAS

http://malaysiakini.com/news/106250
(sekadar satu contoh, banyak lagi artikel dan ruang forum yang lebih teruk ulasannya)

berkenaan ayat ini "Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan."

Racun yang berbisa yang menusuk secara diam namun malangnya ramai blogger dan Web yang telah copy paste dari Malaysiakini dan menyiarkan artikel ini di dalam web mereka.

Ingatlah dan Hayatilah tafsir ayat Quran yang berbunyi
" Apabila datang seorang fasik kepada kamu membawa satu berita, hendaklah kamu selidiknya semoga ianya tidak membawa bencana kepada sesuatu kaum"
Surah Lupa lak penulis...nanti cari semula.

SO Jangan Terjebak dan terheret dengan agenda musuh2. Tolong Selidiki setiap berita dan rujuk dengan pimpinan jika tidak faham dan ada kemuskilan. Pemilihan pimpinan pastinya ada asas yang kukuh dan mempunyai sebab2 yang relevan dengan persekitaran semasa.

Ingatlah kami Pemuda Ladang juga tidak akan bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan. Mari kita kukuhkan Perpaduan dalam pakatan rakyat yang dicemburu sangat2 oleh BN. Satu demi satu kompenan BN bertelagah dan menunggu retak. Namun jangan kita lupa Wala' dan ikrar kita kepada Jemaah mengatasi segala2nya. Sesiapa yang di lantik semestinya bukan keputusan seorang diri mana-mana individu dan pastinya ianya adalah dari musyawarah antara pimpinan dan yang terbaik dirasakan.

Ingatlah tentang nasihat Tuan Guru Timbalan Mursyidul AM Dato Dr Harun Din tentang ketaatan dan kepatuhan kepada Pimpinan. Kami pemuda pertahankan segala keputusan Jemaah walaupun kadang-kala memang terasa jua sebagai manusia biasa namun apa yang lebih penting sebagai Pejuang Islam Fokus Memastikan islam berdaulat mengatasi segala-galanya.
Kepentingan Jemaah mengatasi kepentingan individu.

Pastikan Islam Menang dan menawan Putrajaya.

Wallahuaklam