KUALA TERENGGANU - Walaupun mengikut Indeks Kualiti Udara yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, udara di Kuala Terengganu masih dalam kategori 'moderate' namun jarak penglihatan yang terhad agak merimaskan.Bandar Paka mempiunyai kualiti udara yang lebih baik berbanding Kuala Terengganu dan Kemaman dengan bacaan 39 pada jam 11 pagi dan 5 petang hari ini.
Manakala Kuala Terengganu dan Kemaman mencatatkan bacaan melebihi 50, iaitu paras yang kurang baik.Kuala Terengganu mencatat bacaan pada pagi dan petang melebihi 50 iaitu 54 pada jam 11 pagi dan tidak berubah pada jam 5 petang. Kemaman pula berubah dari keadaan yang baik dengan bacaan 38 pada jam 11 berubah kepada 52 pada jam 5 petang.
Jerebu datang lagi...