Khamis, 18 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN???

Idea Kerajaan perpaduan asalnya satu idea bernas untuk di bincangkan oleh ahli akademik dan pemikir politik tanahair. Namun mungkin kerana tersilap penyampaian fakta dan maklumat yang ingin di sampaikan ianya telah menjadi satu bahana pula kepada sesetengah pihak. Bagi pejuang tulen apa-apa yang membantut misi perjuangan adalah bahana yang tidak patut di undang didalam perjuangan.

Namun apa yang malangnya sebab apa semua pihak mengggunakan media untuk memberi statement Kerajaan Perpaduan. Apakah tiada ruang lain untuk berbincang, menegur dan bertukar pandangan dalam satu wadah?. Apakah pintu Syura dan Mesyuarat telah tertutup?

Kenapa Pimpinan menggunakan media untuk menyerang sesama sendiri? Nampaknya media pro kerajaan telah berjaya mengkucar-kacirkan pimpinan PAS Melalui isu Kerajaan Perpaduan. Media benar-benar telah berjaya. Jangan ukhuwwah kukuh yang terbina di dalam Pakatan Rakyat yang amat disayangi rakyat terjejas teruk kerana Isu yang hanya sebuah idea awal. Dikala rakyat benar-benar meletak harapan pada Pakatan Rakyat, janganlah mencari nahas untuk memalingkan semula sokongan rakyat.

Janganlah dikala UMNO dan Barisan Nasional kelemasan dengan sokongan rakyat dan semakin parah bertelagah tiba-tiba kita memberikan mereka tonik baru dan talian hayat untuk mereka bangkit semula. BN Sudah Tidak releven di persada politik Tanahair. Jangan sesekali kita membantu mereka untuk bangkit kembali.

Cukuplah isu kerajaan perpaduan ini. Cukuplah.. Hentikanlah sebelum ianya makin parah.