KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masakini."Tugas saya dan jentera adalah lawan UMNO, lawan BN, jadi dalam pilihanraya kecil ini kita nak benamkan UMNO nak benamkan BN, bercakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini,"tugas kita nak lawan UMNO/BN (di) Manek Urai dan nak lawan UMNO/BN (pada) pilihanraya ke 13 yang akan datang,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agong PAS, petang ini 10 Jun.
Menurutnya, soal kerajaan perpaduan memang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun ia tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.Isu tersebut timbul, katanya, kerana mungkin ia dibangkitkan oleh pihak wartawan dalam sidang media Presiden PAS.Katanya, walaupun Presiden PAS menyatakan ia hanya sekadar satu 'konsep', namun orang ramai telah tersalah faham membawa maksud 'PAS mahu bekerjasama dengan UMNO'.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan dan menghentikan perbincangan berkaitan kerajaan perpaduan."Saya merayu kepada pimpinan PAS terutamanya, dan pimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan soal kerajaan perpaduan, dan Tok Guru (Presiden PAS) dalam penggulungannya (semasa Muktamar PAS) menyebut (ia adalah) 'engagement',"adalah salah bagi kita untuk menutup pintu kepada sebarang perbincangan untuk kepentingan negara dan untuk kepentingan masyarakat, tapi perbincangan bukan bererti (PAS) bersama dengan UMNO,"kita bersama Pakatan Rakyat sekarang!",tegasnya.
Sumber http://www.buletinonline.net