Kuliah Maghrib Al Fadhil Mantan ADUN Permaisuri di Surau Gelong Bilal Maghrib tadi menyentap diri Jemaah tentang kebesaran ALLAH dan mengajak Jemaah Menyintai ALQuran serta memahami Tafsirannya.
Ustaz Rozali Memang Masih Power dan petah dalam menyampaikan lawak spontannya...
Jemaah Maghrib dan Pendengar Setia Al Fadhil Ustaz Azhar nampaknya tidak berganjak di malam yang kebiasaanya beliau yang menyampaikan kuliahnya.
Sehebat2 manapun kita, Sekaya mana pun kita jika tiada bekalan untuk dibawa selepas mati
alangkah ruginya kita diakhirat kelak. Rugi yang teramat-amat.
Maka pastikan tiada ruang kosong untuk anda dari diisi dengan bekalan akhirat. Jangan dunia melalaikan anda untuk melayari bahtera akhirat yang kekal lagi abadi.
Kunjungi lah mana-mana pusat ilmu dan kuliah.
"Jom Kita Pakat Gi Nadoh Kitab"
Hadis Nabi " Jadilah kamu 3 Golongan 1. Orang yang menyampaikan Ilmu 2. Orang yang Menuntut Ilmu ( Belajar Ilmu Dgn Kitab ) 3. Orang yang Mendengar majlis ilmu (menghadiri Majls ilmu) dan jangan kamu jadi golongan celaka yang ke 4 yakni golongan yang tiada pada 3 golongan tadi .. Tidak mengajar, tidak menuntut ilmu dan tidak mendengar ilmu " Duduk saja-saja rileks jer....Hu3
( Sinopsis Hadis - Jika Salah - Ampunkan Penulis )
Wallahuaklam