Jumaat, 19 Jun 2009

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PRK N41 MANIK URAI

MANEK URAI, 19 Jun -Jentera Pemuda PAS bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Paduka Husam Musa. Dengan kehadiran 500 pemuda PAS Dun Manek Urai di Air Terjun Lata Rek bermakna Jentera Pemuda PAS dengan rasminya akan menjalankan tugas bagi mempertahankan Dun Manek Urai.

Turut serta dalam pelancaran itu ialah Yb Ust Abd Latif (YDP PAS Kualai Krai/Ketua Pemuda PAS Kelantan), YB Fatah (Pengarah Jentera PRK), YB Dr Hatta (MP Kuala Krai), Ust Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda Pusat), Ust Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda), YB Zaki (SU Perhubungan PAS Kelantan), Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kedah & Pulau Pinang . Turut serta Exco-exco DPP Pusat, DPP Terengganu, Selangor dan Perak.
Sumber http://pemudabesut.blogspot.com/