Khamis, 18 Jun 2009

“Tubuh Kerajaan Baru” - Misi Saf Kepimpinan Baru Terengganu

KUALA TERENGGANU - Saf Kepimpinan Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan baru.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin dengan gandingan pimpinan baru yang mantap dari pelbagai lapangan dan bidang professional, PAS mampu menang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.”Dengan gandingan yang ada ini, yang mantap dan terdiri dari pelbagai lapangan dan bidang professional,”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang Media Khas di Pejabat PAS Terengganu semalam.

”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang Media Khas di Pejabat PAS Terengganu semalam. Katanya, beliau telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya yang baru telah mengadakan mesyuarat dan menyusun saf kepimpinan baru PAS Terengganu.

Beliau telah mengumumkan perlantikan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tujuh orang jawatankuasa tambahan.Senarai penuh perlantikan tersebut adalah seperti dibawah ;

Timbalan Pesuruhjaya 1:
Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik

Timbalan Pesuruhjaya 2:
YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut

Timbalan Pesuruhjaya 3 :
Ustaz Satiful Bahari Mamat

Setiausaha :
Haji Yahaya Ali

Penolong Setiausaha 1:
Ustaz Kamarudin Yunus

Penolong Setiausaha 2 :
Haji Hanafiah Ramli @Mat

Bendahari :
Haji Muhyidin Abd Rashid

Ketua Penerangan :
Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh

Pengarah Pilihanraya :
Ariffin Deraman

Jawatan Kuasa :
Us Harun Jusoh
Abd Haris Malik
Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Haji Husin Ismail
Hajjah Zarani Othman
To’ Puan Ustazah Fatimah Zainab

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN... SEMOGA KEMENANGAN MAKIN DEKAT DI GAPAI.