Selasa, 23 Jun 2009

Pemuda Perlu Faham Visi dan Misi PAS – Naib KP DPPP

21 Jun 2009, Taman Sri Gombak – Ahli-ahli pemuda perlu memahami visi dan misi PAS serta struktur organisasi PAS bagi memastikan setiap gerak kerja dan aktiviti mereka selari dengan hasrat parti.Sdra Ahmad Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menegaskan demikian di dalam program Bengkel Dewan pemuda PAS Gombak (DPPG) sesi 2009-2011.

”Pemahaman ini perlu ditekankan kepada setiap peringkat parti agar setiap aktiviti yang dirancang selari dengan tujuan dan matlamat penubuhan PAS sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS. Fasal 5 Perlembagaan PAS memperuntukkan tujuan dan matlamat penubuhan PAS adalah sebagaimana berikut;


“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara”

Beliau menghuraikan dua elemem utama di dalam peruntukan perlembagaan ini tentang matlamat perjuangan PAS iaitu;

1. Menubuhkan pemerintahan Islam, dan
2. Mewujudkan masyarakat Islam.

Daripada matlamat pertama ”ke arah
menubuhkan pemerintahan Islam”, maka terhasillah hari ini sebagaiman ayang dilihat, PAS menyertai pilihanraya demokrasi untuk memcapai matlamat tersebut. Di peringkat ini, PAS berusaha untuk memenangi hati pengundi, dalam mendapat undi majoriti di dalam pilihanraya sebelum tercapai cita-cita untuk menubuhkan pemerintahan Islam.

Manakala bagi mencapai matlamat yang kedua ” mewujudkan masyarakat Islam”, PAS akan menggerakkan segala bentuk usaha dakwan dan penerangan bagi mengembalikan masyarakat kepada cara hidup yang sebenar. Bagi peringkat ini pula, PAS tidak semestinya mengguna imej parti sebagaimana yang telah dilakukan melalui institusi-institusi parti seperti PASTI dan Unit Amal.

Jelas beliau, kedua-dua matlamat inilah yang menjadikan PAS sebgaiamana hari ini dengan menggunakan dua pendekatan utama dalam menggerakkan parti iaitu;

1. Politk dan pilihanraya (ke arah menubuhkan pemerintahan Islam), dan
2. Dakwah dan kemasyarakatan (ke arah mewujudkan masyarakat Islam)

Jelas katanya, kedua-dua perkara inilah yang menjadi ”core-bussiness” PAS dalam setiap peringkat organisasi, tidak terkecuali dewan-dewan pemuda kawasan. Selain daripada kedua-dua ini, satu lagi lagi elemen yang mendokong kedua-dua matlamat tersebut, iaitu sistem sokongan.

Sistem sokongan ini meliputi tiga aspek utama, iaitu;
1. Sistem pengurusan parti,
2. Sistem kewangan, dan
3. Sistem pengurusan tenaga manusia.

Jelas katanya, selaku pemegang-pemegang amanah di dalam dewan pemuda, setiap exco DPPG mestilah memahami di mana letaknya peranan dan fungsi kewujudan lajnah atau jawatan yang kita dipegang supaya tidak keliru ke mana hala tuju yang perlu dibawa.

”Kita tidak mahu pemegang-pemegang jawatan di dalam pemuda hanya meneruskan tradisi-tradisi sebelum ini tanpa memahami perkara asa di dalam organisasi parti’, tekan Sdra Sabki di akhir slotnya sebelum membuka kepada sesi soal-jawab kepada para peserta bengkel tersebut.
Bengkel sehari ini dianjurkan Sekretariat DPPG di bawah kolelaan Sdra Damanhuri selaku Setiausaha DPPG Sesi 2009/2011.

Program tertutup ini dihadiri kira-kira 20 orang pemuda PAS Gombak yang terdiri daripada Exco DPPG yang baru dilantik di dalam muktamar tahunanya yang lalu bersama exco-exco tambahan serta setiausaha-setiausaha lajnah.
Baca juga: Pemuda Tekad Mempersada Perjuangan.
Sumber www.PemudaGombak.com